Saturday, October 10, 2009

Video - Perjumpaan Rumpun Hj Mat Jahaya 2009 (Slideshow)

.

.
Video ini adalah "presentation slideshow" semasa Majlis Perjumpaan Perdana Rumpun Hj Mat Jahaya 2009 yang telah dilangsungkan di Dewan Komuniti, Kampung Tanjung Aur, Bota, Parit, Perak pada 3 Syawal 1430H (22 September 2009 - Selasa).

"Slideshow" asal didalam "format Powerpoint" adalah rekacipta Norhaslinda Hj Zohdi (Alin) (anak Hjh Habsah) yang kemudiannya dijadikan video olahan oleh Salihuddin Hj Musa (anak Hjh Robiah).

Oleh kerana video ini terlalu panjang, ianya terpaksa dipendekan kepada kurang 10 minit untuk versi YouTube (internet).

Anda juga boleh terus menontonnya melalui YouTube di "weblink" yang berikut;
Klik disini...

Video ini juga boleh dimuat-turun (pada resolusi tinggi) di "weblink" yang berikut;
Format WMV (Windows Media Video)
Rakaman: 08:25 minit, Saiz 21.7 MB
Klik disini...

Sekali lagi, pihak Urusetia ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli dan sanak-saudara yang telah menjayakan acara tersebut.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 5, 2009

Raya Gathering Gallery 3

Gambar-gambar ini akan dikemaskini dari masa kesemasa apabila pihak urusetia mendapat sumbangan gambar-gambar seperti ini dari ahli-ahli keluarga yang lain.

Prosidur;
1) Scan atau email gambar
2) Sebutkan nama lengkap anda dan salasilah.
3) Email gambar tersebut kepada; salihuddin@gmail.com

Koleksi Gambar-gambar Galeri 3 ini adalah sumbangan dari;
Nurul Aziemah (anak Salihuddin)(cucu Hjh Robiah @Matun).
.

Hidayah dan Amalina (cucu Hjh Robiah)
.

Aziemah dan Amalina (cucu Hjh Robiah)
.

Nasaruddin dan Shaharuddin (membuat persediaan sebelum acara bermula)
.

Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Nasaruddin dan Shaharuddin (membuat persediaan sebelum acara bermula)
.

Salihuddin menguji "Slideshow" sebelum permulaan acara majlis
.

Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Meja Pendaftaran. Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Khemah untuk acara makan tengahari. Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Ujian "Slideshow" sebelum permulaan acara majlis
.

Meja Pendaftaran. Cenderahati untuk yang hadir
.

Meja Pendaftaran. Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Meja Pendaftaran. Menunggu sanak-saudara lain yang belum tiba
.

Amri (anak Fadzilah)(cucu Hjh Robiah @Matun)

Sunday, September 27, 2009

Raya Gathering Gallery 2

Gambar-gambar ini akan dikemaskini dari masa kesemasa apabila pihak urusetia mendapat sumbangan gambar-gambar seperti ini dari ahli-ahli keluarga yang lain.

Prosidur;
1) Scan atau email gambar
2) Sebutkan nama lengkap anda dan salasilah.
3) Pastikan resolusi minima adalah 1600 x 1200 (atau kurang dari 600kb (0.6mb) saiz)
4) Email gambar tersebut kepada; salihuddin@gmail.com

Koleksi Gambar-gambar Galeri 1 ini adalah sumbangan dari;
Amirul Fikri Azman (anak Fadzilah)(cucu Hjh Robiah @Matun).

Resolusi Gambar adalah 1600 x 1200 pixel.
Sila "klik" gambar untuk pembesaran.
.

Meja Pendaftaran di Hari Perhimpunan Rumpun Mat Jahaya 2009

Anak, Menantu, Cucu dari Keluarga Hjh Habsah + Hj Zohdi (sebahagian yang hadir)

Cucu Hjh Robiah (Farhan) dan Cucu Hj Mokti

Saturday, September 26, 2009

Raya Gathering Gallery 1

Berikut adalah gambar-gambar Anak, menantu, cucu, cucu menantu, cicit, piat, piut, Hj Mat Jahaya, Hjh Mahayah, Long Maryam semasa Majlis Perhimpunan Rumpun Hj Mat Jahaya yang telah berjaya berlangsung pada 22 September 2009 (Selasa) di Dewan Komuniti, Tanjung Aur, Bota, Perak bersamaan 3 Syawal 1430H.

Gambar-gambar ini akan dikemaskini dari masa kesemasa apabila pihak urusetia mendapat sumbangan gambar-gambar seperti ini dari ahli-ahli keluarga yang lain.

Prosidur;
1) Scan atau email gambar
2) Sebutkan nama lengkap anda dan salasilah.
3) Pastikan resolusi minima adalah 1600 x 1200 (atau kurang dari 800kb (0.8mb) saiz)
4) Email gambar tersebut kepada; salihuddin@gmail.com

Koleksi Gambar-gambar Galeri 1 ini adalah sumbangan dari;
Salihuddin Hj Musa (anak Hjh Robiah @Matun).

Resolusi Gambar adalah 1600 x 1200 pixel.
Sila "klik" gambar untuk pembesaran.
.

Urusetia Majlis Perhimpunan Rumpun Mat Jahaya 2009

Anak, Menantu, Cucu, Cicit dari Keluarga Sofiah (yang hadir)

Anak, Menantu, Cucu, Cicit dari Keluarga Rajeah (yang hadir)

Anak, Menantu, Cucu, Cicit dari Keluarga Hj Ramli + Isteri (yang hadir)

Anak, Menantu, Cucu, Cicit dari Keluarga Hj Mokti + Isteri (yang hadir)

Cucu Hjh Robiah (Aiman)

Cucu Hjh Robiah (Mohd Norhidayat)

Cucu Hjh Robiah (Fatihah)

Cucu Hjh Robiah (Amirul Fikri)

Candid 1

Candid 2

Anak dan menantu Hj Mat Jahaya

Anak, menantu, cucu, cucu menantu Hj Mat Jahaya

Anak, menantu, cucu, cucu menantu, cicit, piat, Hj Mat Jahaya

Anak, menantu dan cucu Hj Mat Jahaya

Anak, menantu, cucu, cucu menantu, cicit, piat, Hj Mat Jahaya - Close-up 1

Anak, menantu, cucu, cucu menantu, cicit, piat, Hj Mat Jahaya - Close-up 2

Anak, menantu, cucu, cucu menantu, cicit, piat, Hj Mat Jahaya - Close-up 3

Wednesday, September 23, 2009

Majlis Berjaya .....

Syukur alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Rumpun Haji Mat Jahaya telah berjaya berlangsung pada 22 September 2009 bersamaan 3 Syawal 1430H. Majlis ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 220 anak cucu cicit Hj Mat Jahaya dan kira-kira 20 tetamu lain.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran yang bermula jam 9.30 pagi lagi, mungkin kerana excited ramai yang datang awal sedangkan majlis bermula jam 10.00 pagi. Saudara mara datang tidak berhenti-henti dan diselangi dgn beberapa deejay handalan iaitu Yop Latip, Abang Mamat, Abang Nasir dan Yeop Nan yang menyerikan majlis dgn celoteh masing2, temuramah saudara mara dsbnya.

Bacaan Yassin dan tahil dimulakan jam 11 pagi dan diketuai oleh cicit Hj Mat Jahaya, Ustaz Syed Mohd Hafiz b Syed Edin dan Syed Nazirul Mubin b Syed Edin, anak Chor Jeladin - anak Hjh Hindun.

Kemudiannya Yop Latip memberikan sedikit ucapan dan diikuti dengan persembahan multimedia gambar2 kenangan Opah/Tok dan diselangi dgn lagu Ayah dan Ibu (Sudirman) yang begitu sayu menyebabkan para tetamu mula menitiskan air mata. Majlis jadi ceria semula apabila gambar anak cucu cicit yang baru dan yang lama ditunjukkan dan masing2 cuba mengenal diri masing-masing. Gambar K Senah, Yop Mi dan Yang Midun yang diambil 20-30 tahun yang lalu, yang masih jelita dan hensem :).

Peluang juga diberikan kepada anak2 Hj Mat Jahaya utk memberi sepatah dua kata. Yang Midun mewakili Ayahngah Li persis YB berkempen begitu semangat sekali menyokong tujuan perjumpaan ini diadakan. Berkobar-kobar sungguh!!!

Memang betul, ada yang kali terakhir berjumpa 15 tahun yang lalu, masa berjumpa dulu bujang kini dah ada anak remaja! Jadi mmglah lama tak berjumpa.

Pada mulanya, kami menjangkakan lebih kurang 120-150 org sahaja yang akan hadir dan hanya menempah 100 pax makanan berdasarkan sumbangan beberapa keluarga sahaja. Tetapi pada malam sebelumnya, ramai pula yang telah mengesahkan kehadiran, ada yang dalam perjalanan dsbnya. Mmg seronok bila mendengar ramai lagi yang dapat hadir.
Chor Jeladin dari Pahang dan anak2 juga telah berada di rumah Makwe Hindun, Nyah Azi dan keluarga dari Terengganu juga dah sampai. Jadi mlm tu juga kami minta Maksu dari Maksu Katering di Tronoh (http://www.maksukatering.blogspot.com/) untuk tambah kepada 130 pax. Tambahan pula, kutipan sumbangan ketika itu belum diterima sepenuhnya, jadi kami perlu "work within the budget". Alhamdulillah 130 pax boleh menampung lebih kurang 240 orang .... Alhamdulillah, Maksu yang dikenali melalui internet sahaja dan Yang Saleh hanya pegi berjumpa sekali sahaja dgn Maksu pada hari Khamis, turut menyumbang menjayakan majlis ini dgn lauk pauk yang sedap sehingga menjilat jari ...

Sesi bergambar paling menyeronokkan, ruih rendah menyusun keluarga, mencari cucu cicit yang berkeliaran, sungguh menghiburkan. Satu demi satu keluarga, cucu cicit dan keseluruhan yang hadir bergambar, dengan juru kamera yang tak terkira jumlahnya. Keluarga yang paling besar keluarga Ayahngah Li dan yang paling sedikit keluarga Wancu. Keluarga Makwe Hindun ramai yang tak dapat datang, 49 cucu dan 36 cicit mungkin yang paling ramai.

InsyaAllah gambar2 yang diambil akan dimasukkan ke dalam blog ini. Usaha juga akan dibuat untuk memasukkan persembahan multimedia, gambar2 dan no telefon/alamat sedara mara dalam bentuk CD. Tetapi ini mungkin mengambil masa, insyaAllah ...

Terima kasih kepada semua yang hadir kerana menjayakan Perhimpunan Keluarga Hj Mat Jahaya ini .....


Sesiapa yang ada gambar atok opah mak abah sesapa yang lama2 dulu tu bolehlah discan atau ambik gambar tu guna digital camera dan diemail kepada nazura_70@yahoo.com atau salihuddin@gmail.com

- laporan : Azura Zohdi