Saturday, August 29, 2009

Sumbangan

Assalammualaikum,

Pada sesetengah orang sumbangan RM100 membebankan, pada sesetengah yang lain RM100 seperti tiada masalah, gi Carrefour, dapaatlah 2-3 plastik beg.

Duit berkenaan bukan sahaja untuk digunakan untuk membiayai makan minum, sewa dewan, khemah, PA system dsbnya bagi tujuan perjumpaan keluarga Hj Mat Jahaya dan Hjh Mahayah pada hari raya ketiga kelak. Dan insyaAllah jika selepas ditolak dicampur ada lebih, akan dijadikan dana untuk buat tahlil Opah/Tok, upah membersihkan kubur Opah/Tok dan jika dana makin bertambah mungkin boleh dipertimbangkan untuk memberi saguhati kepada cicit-cicit yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM insyaAllah.

Jika anak cucu cicit merasakan RM100 terlalu banyak, boleh juga menyumbang kurang daripada jumlah tersebut. Tapi jumlah yang disumbangkan wajarlah berpada - jika kita membawa semua ahli keluarga kita, contohnya dengan anak 5 orang, dah 7 orang. Takkan nak bagi RM10 .... Kita makan 7 orang kat gerai tom yam ke kedai mamak pun tak lepas RM10 kan :). La ni kita gi kedai runcit pun, bawak lebih dari RM10 kan. Jadi apalah salah menyumbang walau pun tak sampai RM100 ...

Yang pentingnya jumlah yang munasabah dengan apa yang akan kita nikmati bukan sahaja pada hari tersebut makan minum), tapi hikmah di sebaliknya iaitu dapat berjumpa sedara mara, dapat pahala bersedekah utk tahlil, bersih kubur Opah/Tok etc.

Lagipun, mungkin kutipan ni yang pertama dan terakhir ... jadi sumbangan tersebut hanya sekali seumur hidup

Dan mungkin juga berterusan tetapi jumlahnya pastilah kurang atau ikut ikhlas hati ....

InsyaAllah halatuju dana atau perjumpaan ini akan dibincangkan pada hari raya ketiga kelak , insyaAllah.

Anak cucu/cicit yang ingin menyumbang kepada Dana Rumpun Hj Mat Jahaya, sila masukkan ke akaun Maybank 166010054259 Nor 'Azura binti Mohamed Zohdi (anak Wancu Habsah/Opah Chu, Sg Besi - 03-90586640). Jika telah masukkan, sila sms ke 013-3801102 dan serta nama. Mohon apa-apa sumbangan dimasukkan sebelum atau pada 13 Ogos 2009 bagi membolehkan kami pihak urusetia membuat perkiraan sewajarnya dengan pihak pengurusan dewan, katerer dsbnya.

Tanpa sokongan ahli keluarga/cucu/cicit terhadap sumbangan ini, mungkin perjumpaan ini tidak dapat diadakan ....

No comments:

Post a Comment