Wednesday, September 23, 2009

Majlis Berjaya .....

Syukur alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Rumpun Haji Mat Jahaya telah berjaya berlangsung pada 22 September 2009 bersamaan 3 Syawal 1430H. Majlis ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 220 anak cucu cicit Hj Mat Jahaya dan kira-kira 20 tetamu lain.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran yang bermula jam 9.30 pagi lagi, mungkin kerana excited ramai yang datang awal sedangkan majlis bermula jam 10.00 pagi. Saudara mara datang tidak berhenti-henti dan diselangi dgn beberapa deejay handalan iaitu Yop Latip, Abang Mamat, Abang Nasir dan Yeop Nan yang menyerikan majlis dgn celoteh masing2, temuramah saudara mara dsbnya.

Bacaan Yassin dan tahil dimulakan jam 11 pagi dan diketuai oleh cicit Hj Mat Jahaya, Ustaz Syed Mohd Hafiz b Syed Edin dan Syed Nazirul Mubin b Syed Edin, anak Chor Jeladin - anak Hjh Hindun.

Kemudiannya Yop Latip memberikan sedikit ucapan dan diikuti dengan persembahan multimedia gambar2 kenangan Opah/Tok dan diselangi dgn lagu Ayah dan Ibu (Sudirman) yang begitu sayu menyebabkan para tetamu mula menitiskan air mata. Majlis jadi ceria semula apabila gambar anak cucu cicit yang baru dan yang lama ditunjukkan dan masing2 cuba mengenal diri masing-masing. Gambar K Senah, Yop Mi dan Yang Midun yang diambil 20-30 tahun yang lalu, yang masih jelita dan hensem :).

Peluang juga diberikan kepada anak2 Hj Mat Jahaya utk memberi sepatah dua kata. Yang Midun mewakili Ayahngah Li persis YB berkempen begitu semangat sekali menyokong tujuan perjumpaan ini diadakan. Berkobar-kobar sungguh!!!

Memang betul, ada yang kali terakhir berjumpa 15 tahun yang lalu, masa berjumpa dulu bujang kini dah ada anak remaja! Jadi mmglah lama tak berjumpa.

Pada mulanya, kami menjangkakan lebih kurang 120-150 org sahaja yang akan hadir dan hanya menempah 100 pax makanan berdasarkan sumbangan beberapa keluarga sahaja. Tetapi pada malam sebelumnya, ramai pula yang telah mengesahkan kehadiran, ada yang dalam perjalanan dsbnya. Mmg seronok bila mendengar ramai lagi yang dapat hadir.
Chor Jeladin dari Pahang dan anak2 juga telah berada di rumah Makwe Hindun, Nyah Azi dan keluarga dari Terengganu juga dah sampai. Jadi mlm tu juga kami minta Maksu dari Maksu Katering di Tronoh (http://www.maksukatering.blogspot.com/) untuk tambah kepada 130 pax. Tambahan pula, kutipan sumbangan ketika itu belum diterima sepenuhnya, jadi kami perlu "work within the budget". Alhamdulillah 130 pax boleh menampung lebih kurang 240 orang .... Alhamdulillah, Maksu yang dikenali melalui internet sahaja dan Yang Saleh hanya pegi berjumpa sekali sahaja dgn Maksu pada hari Khamis, turut menyumbang menjayakan majlis ini dgn lauk pauk yang sedap sehingga menjilat jari ...

Sesi bergambar paling menyeronokkan, ruih rendah menyusun keluarga, mencari cucu cicit yang berkeliaran, sungguh menghiburkan. Satu demi satu keluarga, cucu cicit dan keseluruhan yang hadir bergambar, dengan juru kamera yang tak terkira jumlahnya. Keluarga yang paling besar keluarga Ayahngah Li dan yang paling sedikit keluarga Wancu. Keluarga Makwe Hindun ramai yang tak dapat datang, 49 cucu dan 36 cicit mungkin yang paling ramai.

InsyaAllah gambar2 yang diambil akan dimasukkan ke dalam blog ini. Usaha juga akan dibuat untuk memasukkan persembahan multimedia, gambar2 dan no telefon/alamat sedara mara dalam bentuk CD. Tetapi ini mungkin mengambil masa, insyaAllah ...

Terima kasih kepada semua yang hadir kerana menjayakan Perhimpunan Keluarga Hj Mat Jahaya ini .....


Sesiapa yang ada gambar atok opah mak abah sesapa yang lama2 dulu tu bolehlah discan atau ambik gambar tu guna digital camera dan diemail kepada nazura_70@yahoo.com atau salihuddin@gmail.com

- laporan : Azura Zohdi

1 comment:

  1. Syabas!
    Tahniah kepada semua Urusetia, AJK, Penaja Alatan Suara dan Multimedia, Pengelola Dewan, Maksu Catering dan semua Anak, Cucu, Cicit, Piat, Piut, Hj Mat Jahaya dan para Tetamu yang menjayakan acara tersebut.
    Walaupun terdapat beberapa kekurangan, tetapi yang penting, keakraban, perhubungan, pertalian, silaturahim sanak-saudara dapat dieratkan sepenuhnya.
    Dengan maklumat yang telah dikumpulkan, semua ahli keluarga akan dapat dihubungi dimasa-masa akan datang jika terdapat acara-acara kekeluargaan seperti yang sama, atau apa-apa upacara lain seperti kenduri kahwin, kematian, dan sebagainya.
    Bagi yang ingin menghantar gambar untuk dimasukkan kedalam Blog ini, diharap dapat mengecilkan saiz resolusi kepada minima 1600 pixel setiap satu agar mudah untuk diemail kepada pihak Urusetia. Diharap juga, hadkan 10 gambar bagi setiap penghantaran gambar.
    Sekian, terima kasih.
    - Salihuddin Musa

    ReplyDelete