Wednesday, September 16, 2009

Pembayaran Tempahan Catering

.

Salinan Resit - Bukti Pembayaran Deposit RM750

Pada hari ini, Rabu, 17 September 2009, lebihkurang jam 10:00am, saya (Salihuddin Hj Musa - Anak Hjh Robiah) telah bertemu dengan Maksu Catering di Tronoh, Perak, untuk berbincang lebih lanjut mengenai acara penyediaan makanan/ minuman bagi Perjumpaan Rumpun Mat Jahaya yang dijangka diadakan pada 3 Syawal 1430H di Dewan Komuniti, Tanjung Aur, Bota, Parit, Perak.


Salinan Kad Perniagaan - Maksu Catering

Diantara agenda perbincangan adalah mengenai;
1) Tarikh, masa, tempat pihak Katerer harus menghantar makanan dan minuman.
Dipersetujui, masa penghantaran tersebut adalah lebihkurang jam 11:30am pada tarikh dan tempat yang tersebut diatas.
2) Beliau juga menyatakan perihal "menu" secara terperinci tetapi tiada catitan dibuat dari pihak saya.
3) Harga yang dipersetujui adalah RM1,500 untuk makanan/ minuman bagi lebihkurang 100 - 120 peserta.
4) Saya telah membuat pembayaran sebanyak RM750 sebagai deposit dan beliau telah memberi resit akuan terima mengenai perkara tersebut.

Bersama-sama ini disertakan salinan resit dan kad perniagaan beliau untuk makluman semua ahli keluarga dan sanak-saudara (dilampirkan - klik untuk pembesaran).

Bagi ahli-ahli keluarga dan sanak-saudara yang masih belum membuat perbayaran diharap dapat berbuat demikian secepat mungkin.

Kita semua maklum, didalam apa-apa acara sebegini besar, perbelanjaan kewangan untuk acara ini berjalan lancar memerlukan sumber kewangan. Oleh yang demikian, diharap ahli-ahli keluarga dan sanak-saudara yang masih belum membuat pembayaran berhubung dengan NorAzura Hj Mohamed Zohdi (Anak Hjh Habsah) ditalian 013-3801102 untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Lapuran dari Siber Cafe, Bagan Tiang, Parit Buntar, Perak.
17 September 2009 @ 3:00pm

No comments:

Post a Comment